♥ Jika cinta adalah kerinduan, maka jadikanlah rindu ini dalam zikir padaMu ya Allah. ♥ Jika cinta adalah air mata, maka jadikan ia air mata taubat kepadaMu ya Allah.♥ Jika cinta ini adalah ketulusan, maka jadikanlah hati ini untuk selalu tulus dalam menerima semua takdirMu. "Ya Allah..Jadikan hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikan orang yang beriman mencintaiku" [Riwayat muslim]

Monday, 10 September 2012

Hati2

Assalamualaikum wbt...

Hati2 tu bukan hati2 take care..sys..ily.. dak la.. maksud ku hati2 tu adalah hati manusia. hati yang dimiliki oleh semua benda bernyawa. Hati~ ada apa dengan hati? Kenapa hati harus di jaga dengan baik? Hati~ mempunyai kebolehan dan kelebihan mengenal sesuatu, merasa perasaan, lahir atau khususnya Allah swt. ini la perbezaan antara manusia dan haiwan. Hati~ yang berdetak tatkala menyebut nama Allah swt. Hati~ yang sentiasa merindui Rasulullah saw. Hati~ yang dekat dengan Allah dan Rasul, itu la hati yang terang benderang. Hati~ yang penuh dengan limpah rahmat dari Allah swt. 


Dari Umar al Khattab, RAsullah saw bersabda yang bermaksud :
    Cap penutup hati tergantung di kaki arasy, maka apabila larangan Allah swt d langgar dan menghalalkan yang di haram kanNYA, Allah mengirimkan cap penutup hati ini lalu hati pelanggar larangan ini dikenakan cap ini. Bila hati sudah buta, sudah di kunci mati oleh Allah swt, maka tidak dapat lagi dia mengenal Allah swt.  


Nauzubillahminzalik. Sama2 la kita menjaga hati kita. Sama2 la kita menjalankan tanggungjawab kita terhadap Allah swt. Sama2 la kita menjauhkan diri dari segala larangannya. Jangan hanya kerana cinta sesama manusia kita jadi lalai. Allah menciptakan cinta & cinta itu fitrah manusia. Bagaimana mampu kita menjaga cinta sesama manusia sekiranya cinta terhadap Pencipta kita tidak di dahulukan? Sedangkan Allah swt yang menciptakan cinta itu.. Allah swt yang menyuburkan cinta kita. Mengapa tidak kita memulai cinta terhadap Sanag Pencipta baru cintai agama kita. Yakinlah~ Ketika cinta kedua2 ini subur memekar, maka manusia sendiri akan mencintai kita kerana Allah swt dan agama. Bukan atas tuntutan nafsu.



Dari Abu Hurairah r.a berkata, Bahawa Rasulullah saw bersabda, 
"Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman pada Hari Kiamat kelak ; mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-Ku? Hari ini Ku-naungi mereka, di mana tidak ada naungan yang lain selain naungan-Ku."


Dari Abu Hurairah r.a berkata lagi Rasulullah saw pernah bersabda : 
 " Biasakanlah kalian dalam mendekatkan diri kepada Allah dan berpegang teguhlah pada keyakinan kalian. Ketahuilah tidak ada seorangpun di antara kalian yang selamat kerana amal perbuatannya. Para sahabat bertanya, " tidak juga engkau wahai Rasulullah? Baginda menjawab tidak juga saya, kecuali jika Allah melimpahkan rahmat dan kurnianya. -HR. Muslim-


Inilah cinta sebenarnya. ;)

No comments:

Post a Comment